Subscribe:

Monday 28 March 2011

Seminar Kekeluargaan MAPIM Perak

















Mapim Perak dan Hilir Perak anjur Seminar Keibubapaan Bersama PPD Hilir Perak
Seramai 400 ibu bapa sekitar Perak menghadiri Seminar Pendidikan Keibubapaan dan Kekeluargaan di Wisma Caelygirl, Teluk Intan pada 11 April 2009, anjuran Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Perak dan Hilir Perak dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Hilir Perak yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan Perak, YB En. Zainol Padzi bin Paharuddin, ADUN Sungai Manik.
YB. Zainol Padzi berkata, setiap ibu bapa perlu mempunyai pelan jangka panjang untuk keluarga terutama mengenai pendidikan anak-anak."Usaha untuk membina masyarakat yang mempunyai sahsiah tinggi bermula di rumah. Ibu bapa harus merancang hala tuju anak-anak mereka sejak lahir lagi."Seminar Keibubapaan seperti ini boleh dijadikan panduan," katanya.
Menurutnya, ”ibubapa sepatutnya tidak melepaskan semua tanggungjawab mendidik anak-anak di bahu guru dan PIBG kerana anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah. Kebanyakan ibubapa mahu melihat anak mereka berjaya tetapi mereka tidak menyumbang apa-apa kepada pihak sekolah mahupun PIBG”
Hadir sama pada majlis itu Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Perak, Datuk Zainal Abidin Omar yang membentang kertas kerja dalam Ucaptama, ahli-ahli panel forum, Presiden PIBGN Prof. Madya Dr. Mohamad Ali Hassan, PPD Hilir Perak En.Zulkurnaini Hussin dan Pengarah LPPKN Negeri Perak Tn. Haji Mohd Soib bin Hasnan, turut hadir YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan En Ibrahim bin Ahmad, Wakil Balai Polis Daerah dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah.

MAJLIS KUNJUNG HORMAT KE ATAS YB MOHAMMAD ZAHIR BIN DATO' ABD KALID AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERAK

Antara rombongan Kunjung Hormat MAPIM bersama YB Mohammad Zahir

Majlis Taklimat MAPIM Perak bersama YB Mohammad Zahir

Ayub mengadakan perbincangan bersama Naib YDP Ibu MAPIM Perak di lobi Pejabat SUK Perak
Majlis Kunjung Hormat ke Atas YB. Mohammad Zahir bin Dato' Abd Kalid telah di adakan di pejabat beliau yang terletak di Bangunan SUK Negeri Perak pada 09 Disember 2009. Dalam Majlis itu MAPIM telah melantik YB Mohammad Zahir sebagai Penasihat MAPIM Perak. Yb Mohammad Zahir juga besedia membantu MAPIM dalam sebarang program yang di rancang dan sanggup bekerjasama jika perlu.

Tuesday 22 March 2011

SESI PERCAMBAHAN PEMIKIRAN MODUL PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH (SEKATA) KESELAMATAN KELUARGA TANGGUNGJAWAB KITA




OBJEKTIF SEKATA
1. Mengembeling dan menggerakan ahli keluarga , komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan (Ngo) setempat dalam usaha pencegahan jenayah di kawasan setempat

2. Membangunan dan memperkukuhkan sistem-sistem sokongan sosial termasuk sedia ada di dalam komuniti

3. Memperkukuhkan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan mererusi pendidikan dan kemahiran keluarga dan

4. Mempertingkatkan kualiti hidup dengan mengekalkan ketenteraman, keselamatan dan kebajikan rakyat selaras dengan kemajuan ekonomi.

Pengurangan di kalangan ahli keluarga dalam komuniti setempat terlibat dalam kes-kes jenayah yang di laporkan

Peningkatan dikalangan ahli keluaraga mendapat kemahiran keibubapaan bagi pembangunan kesejahteraan keluarga dan kestabilan sosial

Peningkatan Sumber pendapatan isi rumah

  i. Menggembeling dan menggerakan ahli mkeluarga , komuniti dan pertubuhan bukan kerajaansetempat dalam usaha pencegahan jenayah dalam kawasan setempat.
 ii. Memperkukukan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan menerusi pendidikan dan kemahiran kekeluargaan
iii. Membangun dan memperkukuhkan sistem-sistem sokongan sosial termasuk sedia ada didalam komuniti
iv Mempertingkatkan kualiti hidup dengan mengekalkan tetenteraman, keselamatan dasn kebajikan rakyat selaras dengan kemajuan ekonomi.

PROGRAM : program dekat pada mu ( Kerohaniah ) , Bimbingan motivasi , latihan kemahiran keibubapaan , kem remaja "I'm Control , Pembangunan Remaja , Kem Remaja Permata kasih , Pembangunan Insan , Bengkel Integriti Kepimpinan , Program Kecergasan dan riadah , Kelas kemahiran , Latihan Keusahawanan , Kaunseling , terapi dan bimbingan , khidmat Reproduktif , Projek Keluarga Berisiko Tinggi , Program PKRS di Sekolah dan IPT (High risk)

50 NGO PENGERAK DENGAN KERJASAMA AGENSI KERAJAAN PDRM , JAKIM , LPPKN , JKM , MARA

Friday 4 March 2011

SEMINAR MEMPERKASA KELUARGA BAHAGIA DALAM KOMUNITI LA 21 MANJUNG


 Manjung, Perak : Di atas kesedaran betapa pentingnya remaja sebagai aset utama dalam menjana pembangunan negara dan sebagai pemimpin masa hadapan, Jawatankuasa LA 21 Manjung bersama Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Daerah Manjung, Majlis Belia Daerah Manjung dan Pasukan Pelindung Kanak-Kanak Daerah Manjung mengambil inisiatif menjayakan Seminar Memperkasa Keluarga Bahagia Dalam Komuniti LA 21 Manjung pada 26 Jun 2010 di Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung.
Seminar yang di rasmikan oleh Y.B Dato’ Seri Kong Cho Ha, Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Lumut telah menarik minat lebih 400 peserta hadir dari pelbagai kaum dan peringkat umur. Dalam ucapan perasmiannya, Y.B Dato’ Seri Kong Cho Ha mengharapkan banyak lagi seminar seperti ini di jalankan dengan melibatkan pelbagai kaum, selain dari mendapat maklumat, kenal mengenali, bertukar-tukar pendapat ia akan menyatupadukan kaum untuk merealisasikan Gagasan 1 Malaysia.
”Peranan agensi kerajaan, swasta dan badan NGO serta pemimpin masyarakat perlu peka keadaan persekitaran dalam komuniti bagi membendung punca gejala keruntukan akhlak remaja dapat di atasi dari awal. Program Seminar seperti ini boleh meningkatkan kesedaran komuniti yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap pelbagai gejala sosial dan isu persekitaran masing-masing boleh di kongsi dalam seminar,” katanya.
Seminar juga telah menampilkan Ceramah Pn. Fauziah Hanim Yahya, Kaunselor/Pegawai Penerangan LPPKN Negeri Perak bertajuk ’Tanggungjawab Ibu Bapa Dalam Pembinaan Remaja Yang Berakhlak Mulia’ yang memaparkan belbagai kejadian keruntuhan moral akhlak remaja yang telah berlaku di Malaysia.
Pada slot program forum pula dengan tajuk ’Cabaran dan Peluang Dalam Membentuk Remaja Yang Berakhlak Mulia’ menampilkan 3 ahli panel yang di Pengerusikan oleh En. Tajul Adzmir Mustapha dari Majlis Belia Daerah Manjung dengan ahli panel Supt. Ahmad Rabawi Jamil, Ketua Bahagian Agama dan Kaunseling IPK Perak, Tn. Hj. Ayub Mohamed, YDP MAPIM Perak merangkap Naib Presiden MAPIM Kebangsaan dan En. Jalaludin Abd. Aziz, Pengarah LPPKN Perak.
Pelbagai isu di pertengahkan yang mencakupi isu gejala keruntuhan akhlak remaja dalam komuniti, masalah komuniti, punca gejala keruntuhan akhlak, saluran bantuan dan cara mengatasi di perbincangkan bersama. Ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran kepada peserta terhadap tanggungjawab mereka membantu menangani masalah remaja di kawasan komuniti masing-masing.
Pada kesimpulannya, ibu bapa sebagai tunggak keluarga memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengawal anak-anak supaya menjadi insan yang berdisplin berakhlak mulia dan menjadi rakyat yang berguna di masa hadapan dengan bantuan masyarakat komuniti yang perihatin dan cemerlang.
Bersempena dengan seminar ini MAPIM Negeri Perak telah membuka meja pameran yang memamirkan segala gambar aktiviti MAPIM, kertas kerja MAPIM, menerima permohonan ahli MAPIM dan pertanyaan berkaitan MAPIM, pameran di kelolakan oleh En. Mohd Suhaimi Mohd Royani Setiausaha Kehormat MAPIM Perak dibantu oleh En. Abd Rahim Arshad AJK MAPIM Perak.

Seminar Kecemerlangan Insitusi Keluarga 2 Mac 2011 di Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka



Kemajuan pesat negara menjadikan institusi keluarga mengalami transisi perubahan. Cabaran dan hambatan baru dalam dunia globalisasi dewasa ini ternyata memberi impak yang bukan sedikit ke atas institusi kekeluargaan sesuai dengan kedudukan rumahtangga sebagai institusi pendidikan pertama, ibu bapa merupakan individu yang berperanan penting dalam pembentukan peribadi anak-anak. Hubungan mesra yang ditunjukkan oleh suami isteri juga sebenarnya turut mempengaruhi kesempurnaan pembesaran anak-anak. Kemajuan negara menyebabkan berlaku perubahan dari segi struktur, nilai dan cara hidup berkeluarga yang mana ia mengakibatkan anak-anak menjadi beban dan ibu bapa tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama anak-anak kerana terlalu sibuk. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa peningkatan jenayah dalam kalangan remaja mahupun belia terutama penyalahgunaan dadah hari ini juga turut berpunca daripada kelemahan institusi keluarga dan nilai-nilai kekeluargaan.

Sehubungan dengan itu, Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) bersama Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Melaka, MAPIM Daerah Jasin, Jabatan Pelajaran dan agensi kerajaan mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar khusus membicarakan mengenai topik kecemerlangan Insitusi Keluarga : Peranan dan Cabarannya.

Bengkel Perbincangan Panel Pengubal Modul Perlaksanaan Pengukuhan Nilai Kekeluargaan

Di Pengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah LPPKN bersama wakil-wakil Ngo yang terpilih telah membincangkan satu kertas konsep yang akan di Lancarkan di lancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia . Kertas Konsep adalah Program Pengukuhan Nilai Keluarga.

Tema : Intergenerational Solidariti ( 1 Kesatuan Antara Generasi ).


 
Fokus Nilai :
* Hormat Menghormati
* Kesediaan
* Kawalan Diri
*Integriti
*Bertanggungjawab
*Kemasyarakatan
                                                                                            

Thursday 3 March 2011

MAPIM NEGERI DAN DAERAH TERIMA ANUGERAH

Anugerah Khas MAPIM Kebangsaan - MAPIM Negeri Cemerlang 2009

 Anugerah MAPIM Kebangsaan - MAPIM Daerah Cemerlang 2009

Ipoh ;- Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Negeri Perak dan Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Daerah Kampar, Perak meraih gelaran Anugarah Khas MAPIM Terbaik antara negeri dan antara daerah peringkat Kebangsaan.
Buat pertama kalinya anugerah ini di perkenalkan untuk memberi perangsang kepada setiap MAPIM negeri-negeri dan MAPIM daerah-daerah berusaha dengan lebih aktif menganjurkan pelbagai program.
Hadiah yang disampaikan oleh YAB Dato’ Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Besar Perak di Perasmian Konvensyen Kekeluargaan MAPIM Kebangsaan di Dewan Politiknik Ungku Omar Ipoh kepada Tn. Hj. Ayub Mohamed mewakili MAPIM Negeri Perak dan En. Md Yusuf Alang Ahmad mewakili MAPIM Daerah Kampar yang turut di saksikan oleh Presiden MAPIM Kebangsaan dan YB Dato’ Mohamad Zahir Dato’ Mohd Khalid Penasihat MAPIM Negeri Perak.
”Penganugerahan ini kepada MAPIM Perak dan MAPIM Daerah Kampar bukan kerana Negeri Perak menjadi tuan rumah, tetapi sememangnya dari pemantauan MAPIM Kebangsaan mendapati MAPIM Perak dan MAPIM Daerah Kampar memenuhi kateria pemilihan yang ditetapkan.” kata Datuk Dr. Jamil Presiden MAPIM Kebangsaan sewaktu mengumumkan keputusan dalam ucapan terdahulunya.
Kata-kata ini diulangi kembali oleh Yang Berbahagia Datuk Presiden sewaktu berucap dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan MAPIM Negeri Perak pada 17 Oktober 2010 yang di rasmikan oleh En. Majid bin Ramli Timb. Pengarah JASA Negeri Perak mewakili YB Dato’ Mohamad Zahir Dato’ Mohd Khalid, Exco Pelajaran Negeri Perak.

MAPIM Daerah Hilir Perak Merangkul Anugerah MAPIM Kebangsaan 2010


Bertempat di UTM Sekudai, Johor telah berkampung Perwakilan MAPIM Kebangsaan dari semua Negeri termasuk Sabah dan Sarawak selama 2 hari 1 Malam pada 17 & 18 Disember 2010 yang lalu.