Subscribe:

Friday, 13 May 2011

Isu Ponteng Sekolah dalam Kalangan Pelajar

Sejak kebelakangan ini, gejala ponteng adalah masalah yang semakin berleluasa
di kebanyakan sekolah dan menjadi isu yang hangat diperkatakan samada di akhbar –
akhbar tempatan, forum, seminar pendidikan dan sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk
mendapatkan maklumat faktor – faktor yang menyumbang kepada gejala ponteng
dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2 Johor Bahru. Faktor –
faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah faktor guru sekolah, faktor rakan sebaya dan
faktor prasarana sekolah. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan
menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan
Dua dan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2 Johor Bahru. Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan program Perisian Statistical Packages For
Social Science ( SPSS 12 For Windows ). Keputusan kajian mendapati semua faktor
yang dikaji terlibat dalam menyumbang gejala ponteng dikalangan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2. Faktor rakan sebaya mempunyai tahap yang
mempengaruhi manakala faktor prasarana sekolah dan guru sekolah mempunyai tahap
yang sederhana mempengaruhi. Dapatan kajian ini boleh memberi manfaat dan diambil
oleh pihak – pihak tertentu seperti pihak guru, pihak sekolah, pihak Kementerian
Pelajaran dan masyarakat supaya dapat mengambil langkah – langkah yang sewajarnya
supaya gejala ponteng dapat diselesaikan.

Pendahuluan

Sekolah merupakan institusi pendidikan yang berbentuk formal dimana ia boleh membentuk pemikiran, tingkahlaku dan sikap murid-murid bagi melahirkan generasi yang seimbang baik dari segi mental dan rohani (Mohd Salleh Lebar, 1997). Selain itu, sekolah juga akan berperanan membentuk pola budaya generasi pada masa akan datang. Ini kerana sekolah merupakan wadah pendidikan yang sentiasa berusaha untuk memperkembang potensi individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta dapat memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat dan negara. Semua pelaksanaan pendidikan yang mencakupi bidang kurikulum, kokurikulum, khidmat tolong bantu, profesionalisme guru, pengurusan tenaga kerja, kebajikan disiplin pelajar serta yang berkaitan adalah berpusat kepada institusi pendidikan. Untuk merealisasikan harapan, cita – cita dan matlamat negara iaitu untuk membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral, institusi pendidikan perlu menyediakan landasan disiplin yang berkesan kepada pelajar kerana pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif dikalangan pelajar sekolah. Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata.
Jika dilihat antara idealisme masa depan negara dengan realiti masa kini,
wujudnya jurang yang besar di mana jumlah kes jenayah dikalangan pelajar kita pada
hari ini yang bakal menerajui negara kita adalah semakin meningkat. Nampaknya
semakin maju dan membangun negara kita, semakin luntur pula nilai moral masyarakat.
Justeru itu, dalam keghairahan merancang dan merencana pelbagai projek
raksasa agar negara kita seiring dengan era ledakan informasi dan pembangunan
industrialisasi yang mantap, kita seharusnya tidak meminggirkan projek raksasa dalam
pembinaan insan. Secara umum, kita mengetahui bahawa persekolahan, pembelajaran
dan pendidikan adalah rangkaian gerak kerja yang tidak boleh dipisahkan. Menurut
Hussein Hj Ahmad (1993) peranan sistem persekolahan sehingga akhir tahun 1980-an
bermotifkan 3 perkara utama, Pertama pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja
negara, kedua pendidikan sebagai asas perpaduan kaum, ketiga pendidikan adalah untuk
pembinaan displin dikalangan rakyat berbilang kaum.
Permasalahan ketandusan ilmu, keruntuhan moral serta akhlak dan salah laku
pelajar jika tidak dibendung dengan segera pastinya akan terus menular dan akhirnya
akan memusnahkan nilai – nilai murni dalam kehidupan. Sesuatu perlu dilakukan segera
untuk menangani permasalahan ini bagi membentuk sahsiah pelajar supaya menjadi
insan yang bermoral tinggi. Justeru, selaras dengan “Kempen Budi Bahasa Budaya
Kita”, bagaimanakah sekolah hendak menghasilkan pelapis generasi akan datang yang
berkualiti jika masalah disiplin seperti gejala ponteng sekolah, melawan guru, bergaduh,
membuli, merokok dan sebagainya semakin berleluasa dan sukar dikawal
Pada masa ini masalah displin pelajar dikatakan semakin meruncing bilamana
terdapat banyak laporan mengenai para pelajar yang seringkali melanggar peraturan
sekolah seperti ponteng, merokok, vandalisme, melawan guru dan sebagainya. Menurut
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar seramai 2,332 pelajar dibuang sekolah
diseluruh negara dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini kerana pelbagai kesalahan
displin, dan dalam tempoh yang sama 3,184 lagi pelajar digantung sekolah ( Harian
Metro : 30 Julai 2006 ). Sejak Januari hingga Mei 2005, pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah menerima 31 aduan adalah mengenai disiplin murid. Daripada
31 aduan ini, 30 telah selesai dan telah diambil tindakan. Hanya satu yang masih belum
diambil tindakan kerana turut melibatkan siasatan pihak polis. Sejak Januari hingga Mei
2005 juga, KPM telah melakukan pemantauan disiplin di 1,366 buah sekolah di seluruh
negara. Jumlah ini merangkumi 718 sekolah rendah dan 648 buah sekolah menengah.
Pemantauan ini dilakukan bagi memastikan pihak sekolah mengambil langkah yang
telah disarankan bagi mengatasi masalah salah laku disiplin di kalangan murid mereka
(Berita Harian : 20 Mei 2003).
Di antara masalah dan isu yang mendapat perhatian hangat pada masa sekarang
ialah masalah ponteng dikalangan pelajar. Masalah ponteng adalah satu fenomena yang
tidak dapat diketepikan dalam sistem pendidikan negara. Laporan salahlaku pelajar
sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salah laku
yang tertinggi peratusan penglibatan dikalangan pelajar ( Surat pekeliling Ikhtisas Bil 6 /
1995 ) .
Menurut Ismail (1980), perbuatan ponteng bukan masalah baru. Ia penyakit
lama yang masih wujud di sekolah. Ia telah berlaku sejak masyarakat mula mengenal
alam persekolahan. Masalah ponteng sekolah boleh memberi kesan kepada masalah –
masalah disiplin yang lainnya dan ia adalah petanda awal seseorang pelajar sebelum
terbabit dalam masalah disiplin yang lebih serius. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran,
Datuk Mahadzir Md. Khir, isu ponteng sekolah kini berada pada tahap yang kritikal dan
dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia penuh masalah (Utusan
Malaysia: 17 Oktober 2005). Jika tidak dikawal, gejala ponteng akan terus menjadi satu
fenomena yang biasa dikalangan pelajar dan kemungkinan gejala ini akan terus memberi
kesan yang lebih buruk kepada pelajar, masyarakat dan negara.


Latar Belakang Masalah

Kemerosotan disiplin dikalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan
oleh semua pihak samada pihak ibu bapa, pihak guru, pihak masyarakat dan juga pihak
yang berkuasa. Ia menjadi isu nasional yang perlu ditangani dengan segera oleh semua
pihak agar masa depan pelajar sekolah tidak terancam oleh kemerosotan disiplin
tersebut. Peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang
mendadak menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya serta membingungkan
pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Pelanggaran disiplin
boleh didefinisikan sebagai suatu kes salah laku terhadap peraturan – peraturan yang
ditetapkan untuk membentuk pelajar menjadi manusia yang baik, bertanggungjawab dan
berwibawa.
Merujuk kepada Panduan Pengurusan Salah Laku Pelajar Sekolah jenis-jenis
salah laku pelajar terbahagi kepada lapan unit:-
1. Tingkalaku Jenayah
2. Tindakan lucah
3. Kekemasan diri
4. Tingkahlaku tidak mementingkan masa
5. Tingkalaku kurang sopan dan biadab
6. Tingkah laku musnah
7. Tingkahlaku tidak jujur/menipu
8. Ponteng
Salah satu kemerosotan disiplin yang semakin menular pada masa sekarang ialah
masalah ponteng. Laporan salah laku pelajar sekolah menunjukkan bahawa ponteng
sekolah dan ponteng kelas merupakan salahlaku yang tertinggi peratusan penglibatan
dikalangan pelajar.( Surat Pekeliling Bil 6 / 1995 )



Wednesday, 11 May 2011

Penglibatan Ibu Bapa dalam kemenjadian Pelajar di Sekolah Menengah

Tajuk

Klik full screen untuk membaca dalam mode skrin penuh.