Kata Penulis
Assalamualaikum
Alhamdulillah lafaz syukur saya ke hadrat ilahi atas terbitnya sebuah blog MAPIM kebangsaan sebagaimana yang saya harapkan selama ini.
Adalah menjadi harapan saya untuk melihat peranan MAPIM dalam membentuk institusi kekeluargaan diterima umum oleh semua kaum dan semua peringkat di Malaysia. Kerjasama daripada pelbagai pihak juga amat ditagih dalam penganjuran seminar kesedaran kepada semua lapisan masyarakat tidak mengira tempat dan waktu dialu-alukan.
Kini adalah menjadi tanggungjawab MAPIM 'menjadi mata dan telinga' kerajaan di Malaysia amnya untuk membantu kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Hal Ehwal Keluarga dalam memperkukuhkan institusi kekeluargaan dengan merangka pelbagai aktiviti berbentuk kesedaran yang melibatkan ibu bapa, remaja, tenaga pendidik dan ketua jabatan.
Sekian, anak didahulukan, ibubapa diutamakan.
Tn. Haji Ayub bin Mohamed, PPT.AMP
Timbalan Presiden MAPIM Malaysia
YDP MAPIM Perak.