Subscribe:

Logo MAPIM



Makna : Bentuk Logo
Logo Mimbar Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MAPIM) adalah berbentuk imej grafik yang terdiri daripada satu elemen iaitu dua hati bercantum dengan menggunakan kombinasi empat warna iaitu merah, biru,kuning dan putih.

Gambar imej grafik 'hati' menggambarkan sikap kepedulian, keprihatinan, cakna, keterbukaan, kesungguhan, mesra dan kasih sayang MAPIM dalam memperjuang dan membangun serta memantapkan institusi kekeluargaan di negara ini.
Dua hati yang bertaut dan bercantum rapat membawa erti keakraban dan keharmonian yang senantiasa dipupuk dan terjalin antara ahli-ahli dan Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) dengan semua pihak yang berkepentingan dalam merealisasi dan melahirkan modal iinsan kelas pertama serta masyarakat Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Lima petak yang terbentuk melalui cantuman dua hati itu membawa erti MAPIM sentiasa mendukung prinsip Rukun Negara dalam perjuangan dan perlaksanaan semua program serta aktivitinya di sepanjang masa.