Friday, 13 May 2011
Isu Ponteng Sekolah dalam Kalangan Pelajar
Sejak kebelakangan ini, gejala ponteng adalah masalah yang semakin berleluasa
di kebanyakan sekolah dan menjadi isu yang hangat diperkatakan samada di akhbar –
akhbar tempatan, forum, seminar pendidikan dan sebagainya. Kajian ini bertujuan untuk
mendapatkan maklumat faktor – faktor yang menyumbang kepada gejala ponteng
dikalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2 Johor Bahru. Faktor –
faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah faktor guru sekolah, faktor rakan sebaya dan
faktor prasarana sekolah. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan deskriptif dengan
menggunakan soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 70 orang pelajar Tingkatan
Dua dan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2 Johor Bahru. Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan program Perisian Statistical Packages For
Social Science ( SPSS 12 For Windows ). Keputusan kajian mendapati semua faktor
yang dikaji terlibat dalam menyumbang gejala ponteng dikalangan pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2. Faktor rakan sebaya mempunyai tahap yang
mempengaruhi manakala faktor prasarana sekolah dan guru sekolah mempunyai tahap
yang sederhana mempengaruhi. Dapatan kajian ini boleh memberi manfaat dan diambil
oleh pihak – pihak tertentu seperti pihak guru, pihak sekolah, pihak Kementerian
Pelajaran dan masyarakat supaya dapat mengambil langkah – langkah yang sewajarnya
supaya gejala ponteng dapat diselesaikan.
Pendahuluan
Sekolah merupakan institusi pendidikan yang berbentuk formal dimana ia boleh membentuk pemikiran, tingkahlaku dan sikap murid-murid bagi melahirkan generasi yang seimbang baik dari segi mental dan rohani (Mohd Salleh Lebar, 1997). Selain itu, sekolah juga akan berperanan membentuk pola budaya generasi pada masa akan datang. Ini kerana sekolah merupakan wadah pendidikan yang sentiasa berusaha untuk memperkembang potensi individu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta dapat memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat dan negara. Semua pelaksanaan pendidikan yang mencakupi bidang kurikulum, kokurikulum, khidmat tolong bantu, profesionalisme guru, pengurusan tenaga kerja, kebajikan disiplin pelajar serta yang berkaitan adalah berpusat kepada institusi pendidikan. Untuk merealisasikan harapan, cita – cita dan matlamat negara iaitu untuk membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral, institusi pendidikan perlu menyediakan landasan disiplin yang berkesan kepada pelajar kerana pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif dikalangan pelajar sekolah. Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata.
Jika dilihat antara idealisme masa depan negara dengan realiti masa kini,
wujudnya jurang yang besar di mana jumlah kes jenayah dikalangan pelajar kita pada
hari ini yang bakal menerajui negara kita adalah semakin meningkat. Nampaknya
semakin maju dan membangun negara kita, semakin luntur pula nilai moral masyarakat.
Justeru itu, dalam keghairahan merancang dan merencana pelbagai projek
raksasa agar negara kita seiring dengan era ledakan informasi dan pembangunan
industrialisasi yang mantap, kita seharusnya tidak meminggirkan projek raksasa dalam
pembinaan insan. Secara umum, kita mengetahui bahawa persekolahan, pembelajaran
dan pendidikan adalah rangkaian gerak kerja yang tidak boleh dipisahkan. Menurut
Hussein Hj Ahmad (1993) peranan sistem persekolahan sehingga akhir tahun 1980-an
bermotifkan 3 perkara utama, Pertama pendidikan untuk menyediakan tenaga kerja
negara, kedua pendidikan sebagai asas perpaduan kaum, ketiga pendidikan adalah untuk
pembinaan displin dikalangan rakyat berbilang kaum.
Permasalahan ketandusan ilmu, keruntuhan moral serta akhlak dan salah laku
pelajar jika tidak dibendung dengan segera pastinya akan terus menular dan akhirnya
akan memusnahkan nilai – nilai murni dalam kehidupan. Sesuatu perlu dilakukan segera
untuk menangani permasalahan ini bagi membentuk sahsiah pelajar supaya menjadi
insan yang bermoral tinggi. Justeru, selaras dengan “Kempen Budi Bahasa Budaya
Kita”, bagaimanakah sekolah hendak menghasilkan pelapis generasi akan datang yang
berkualiti jika masalah disiplin seperti gejala ponteng sekolah, melawan guru, bergaduh,
membuli, merokok dan sebagainya semakin berleluasa dan sukar dikawal
Pada masa ini masalah displin pelajar dikatakan semakin meruncing bilamana
terdapat banyak laporan mengenai para pelajar yang seringkali melanggar peraturan
sekolah seperti ponteng, merokok, vandalisme, melawan guru dan sebagainya. Menurut
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar seramai 2,332 pelajar dibuang sekolah
diseluruh negara dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini kerana pelbagai kesalahan
displin, dan dalam tempoh yang sama 3,184 lagi pelajar digantung sekolah ( Harian
Metro : 30 Julai 2006 ). Sejak Januari hingga Mei 2005, pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah menerima 31 aduan adalah mengenai disiplin murid. Daripada
31 aduan ini, 30 telah selesai dan telah diambil tindakan. Hanya satu yang masih belum
diambil tindakan kerana turut melibatkan siasatan pihak polis. Sejak Januari hingga Mei
2005 juga, KPM telah melakukan pemantauan disiplin di 1,366 buah sekolah di seluruh
negara. Jumlah ini merangkumi 718 sekolah rendah dan 648 buah sekolah menengah.
Pemantauan ini dilakukan bagi memastikan pihak sekolah mengambil langkah yang
telah disarankan bagi mengatasi masalah salah laku disiplin di kalangan murid mereka
(Berita Harian : 20 Mei 2003).
Di antara masalah dan isu yang mendapat perhatian hangat pada masa sekarang
ialah masalah ponteng dikalangan pelajar. Masalah ponteng adalah satu fenomena yang
tidak dapat diketepikan dalam sistem pendidikan negara. Laporan salahlaku pelajar
sekolah menunjukkan bahawa ponteng sekolah dan ponteng kelas merupakan salah laku
yang tertinggi peratusan penglibatan dikalangan pelajar ( Surat pekeliling Ikhtisas Bil 6 /
1995 ) .
Menurut Ismail (1980), perbuatan ponteng bukan masalah baru. Ia penyakit
lama yang masih wujud di sekolah. Ia telah berlaku sejak masyarakat mula mengenal
alam persekolahan. Masalah ponteng sekolah boleh memberi kesan kepada masalah –
masalah disiplin yang lainnya dan ia adalah petanda awal seseorang pelajar sebelum
terbabit dalam masalah disiplin yang lebih serius. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran,
Datuk Mahadzir Md. Khir, isu ponteng sekolah kini berada pada tahap yang kritikal dan
dianggap sebagai langkah pertama remaja memasuki dunia penuh masalah (Utusan
Malaysia: 17 Oktober 2005). Jika tidak dikawal, gejala ponteng akan terus menjadi satu
fenomena yang biasa dikalangan pelajar dan kemungkinan gejala ini akan terus memberi
kesan yang lebih buruk kepada pelajar, masyarakat dan negara.
Latar Belakang Masalah
Kemerosotan disiplin dikalangan pelajar sekolah semakin hangat diperkatakan
oleh semua pihak samada pihak ibu bapa, pihak guru, pihak masyarakat dan juga pihak
yang berkuasa. Ia menjadi isu nasional yang perlu ditangani dengan segera oleh semua
pihak agar masa depan pelajar sekolah tidak terancam oleh kemerosotan disiplin
tersebut. Peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang
mendadak menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya serta membingungkan
pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Pelanggaran disiplin
boleh didefinisikan sebagai suatu kes salah laku terhadap peraturan – peraturan yang
ditetapkan untuk membentuk pelajar menjadi manusia yang baik, bertanggungjawab dan
berwibawa.
Merujuk kepada Panduan Pengurusan Salah Laku Pelajar Sekolah jenis-jenis
salah laku pelajar terbahagi kepada lapan unit:-
1. Tingkalaku Jenayah
2. Tindakan lucah
3. Kekemasan diri
4. Tingkahlaku tidak mementingkan masa
5. Tingkalaku kurang sopan dan biadab
6. Tingkah laku musnah
7. Tingkahlaku tidak jujur/menipu
8. Ponteng
Salah satu kemerosotan disiplin yang semakin menular pada masa sekarang ialah
masalah ponteng. Laporan salah laku pelajar sekolah menunjukkan bahawa ponteng
sekolah dan ponteng kelas merupakan salahlaku yang tertinggi peratusan penglibatan
dikalangan pelajar.( Surat Pekeliling Bil 6 / 1995 )
Labels:
ulasan
Wednesday, 11 May 2011
Tuesday, 26 April 2011
Isteri setia sanggup berkorban bagi mendukung perjuangan Rasulullah
SIFAT isteri salihah dan keibuan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah Khuwailid adalah contoh terbaik ibu mithali yang mempunyai sifat seperti cantik, kaya, cergas, cerdas, dermawan dan berketurunan mulia. Selain itu, beliau adalah seorang ‘al-wadud al-walud’ iaitu wanita penyayang dan subur. Hasil perkongsian hidup beliau dengan Rasulullah SAW, dikurniakan empat puteri dan tiga putera. Sifat isteri salihah dan keibuan boleh dicontohi dan dijadikan iktibar daripada perjalanan hidup Saidatina Khadijah antaranya: # Tenang dan menenangkan jiwa Rasulullah SAW di kala sedih dan gelisah. Diriwayatkan kehebatan Saidatina Khadijah ialah beliau seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’. Baginda Nabi SAW yang berada dalam keadaan ketakutan dan gementar ditenangkan Saidatina Khadijah dengan katanya: “Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”. Kata-kata lemah lembut dan manis inilah yang membuatkan hati Baginda tenang. Perasaan takut yang terbaca di raut wajah Rasulullah SAW hilang berganti cerah dan terang. Selepas peristiwa di Gua Hira’ yang menandakan Nabi Muhammad SAW dilantik menjadi Rasul Allah, maka dengan tidak ada sebarang keraguan di hati Saidatina Khadijah untuk menerima Islam. Ummul Mukminin ini penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha dakwah. Beliau pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW. Wanita yang diberi gelaran Ummul Mukminin (Ibu bagi mukmin) adalah seorang yang hebat untuk dijadikan Ibu Mithali bagi setiap individu Muslim. # Mendukung perjuangan suaminya Rasulullah SAW dengan semangat dan jiwa seorang pejuang, berpaksikan kepada kekuatan iman. Walaupun secara fizikalnya, Saidatina Khadijah tidak mengalami gangguan dan ancaman kaum Musyrikin, tetapi sebagai seorang wanita, beliau turut berasakan penderitaan dan kesedihan jika suaminya menerima tentangan dahsyat dalam menyebarkan dakwah Islam. # Menghadapi saat suka duka dan susah senang bersama Rasulullah SAW. Perkara ini dapat disaksikan dalam peristiwa pemulauan dilakukan oleh kafir Musyrikin terhadap Bani Hasyim dan Bani Mutalib selama tiga tahun. Beliau sanggup meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya. Sejuta jasa ditaburnya untuk memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya dalam melaksanakan tugas kerasulannya. Pahit getir dalam menempuh hidup sebagai pejuang Allah dirasakannya. Pelbagai ugutan dan cabaran diharungi bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Jasanya dikenang Rasulullah SAW selepas beliau pergi dijemput menemui Allah SWT. Diriwayatkan pada suatu hari Khaulah Binti Hakim bertanyakan baginda: “Wahai Rasulullah, apakah engkau kesepian berpisah dengan Khadijah? Rasulullah SAW menjawab dengan katanya: “Ya! Demi Allah, Khadijah itu pentadbir dan suri rumah yang baik”. Selepas itu, baginda memperisterikan Saudah Binti Zum’ah dan Saidatina Aisyah. Ingatan Baginda terhadap Saidatina Khadijah juga amat mendalam sehinggakan Saiditina Aisyah berasa cemburu terhadap Khadijah. Dalam satu riwayat diceritakan bahawa pada suatu hari, Halah Binti Khuwailid, saudara perempuan Khadijah datang menemui Baginda dengan penuh adab kesopanan seperti adab Khadijah meminta izin mengadap Rasulullah SAW. Baginda berasa gembira melihat perlakuan Halah dan mengungkapkan: “Ya Allah, Halah Binti Khuwailid”. Mendengar ucapan itu Aisyah cemburu dan berkata: “Kenapa engkau masih mengingati wanita Quraisy yang sudah tua, bermulut merah dan sudah tiada. Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih baik daripadanya?” Lantas Baginda menjawab: “Tidak! Beliau beriman ketika orang lain mengingkariku. Beliau mempercayaiku ketika orang lain mendustakanku. Beliau membantuku dengan hartanya, ketika orang lain tidak memberiku apa-apa. Allah mengurniakan aku anak darinya, tidak daripada isteri yang lain.” # Keutamaan Khadijah di sisi Allah dan Rasul-Nya dipandang tinggi. Diriwayatkan bahawa Allah menyampaikan salam-Nya kepada Khadijah ketika hidupnya melalui Jibril yang disampaikan kepada Nabi SAW. Baginda menyampaikan salam itu: “Wahai Khadijah, sesungguhnya Jibril sudah menyampaikan salam kepadamu dari Allah Rabbil ‘Alamin”. Khadijah menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” Ibn Abbas menceritakan keutamaan Saidatina Khadijah pada kaca mata Rasulullah SAW amat tinggi. Diriwayatkan pada suatu hari Rasulullah SAW membuat garis di atas tanah, Baginda pun bertanya kepada sahabat: “Adakah kamu sekalian mengetahui mengenai ini?” Sahabat menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Baginda pun bersabda: “Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitu Maryam Binti Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah Binti Khuwailid dan Fatimah Binti Muhammad.” INTI PATI Saiditina Khadijah # Seorang yang tenang dan berjaya menenangkan Rasulullah SAW ketika menerima wahyu pertama di Gua Hira’ selain penyokong kuat Rasulullah SAW dalam menggerakkan usaha dakwah. # Pembela paling setia dan sanggup mengorbankan seluruh jiwa raga, harta dan perasaannya demi kejayaan perjuangan Rasulullah SAW. # Meninggalkan segala kemewahan demi keimanan kepada Allah dan Rasul-Nya serta memberikan perlindungan dan pembelaan kepada suaminya. # Sanggup mengharungi pelbagai ugutan dan cabaran bersama Baginda lantaran demi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.
Labels:
ulasan
Wednesday, 20 April 2011
Sifat Insan Muslim
Al- HAYA' (Sifat PEMALU)
اَلْحَيَاءُ لاَ يَأْتِي إِلاَّ بِخَيْرٍ
"al Haya' ( Rasa malu) tidak datang kecuali dengan kebaikan."
Sesungguhnya di antara fenomena keseimbangan dan tanda-tanda kesempurnaan dalam tarbiyah bahwa engkau menemukan seorang mukmin yang kuat, teguh, bersifat malu, beradab dan tenang.
Malu yang terpuji adalah : perilaku yang muncul atas meninggalkan yang tercela.[1] Seperti yang didefinikan oleh Ibnu Hajar rahimahullah. Adapun taharuuj (merasa berat) dari amar ma'ruf dan nahi munkar, berani dalam kebenaran dan memahami agama, maka tidak termasuk sifat haya'`. Ini adalah sebagian yang disinggung oleh Ibnu Hajar rahimahullah saat membagi sifat haya'` kepada yang syar'i dan tidak. Ia berkata: 'Haya'` yang syar'i adalah yang terjadi di atas jalur membesarkan dan menghormati terhadap orang-orang besar, itulah yang terpuji. Adapun yang terjadi disebabkan meninggalkan perintah syara', maka ia adalah yang tercela dan bukan termasuk haya'` secara syara', ia pada dasarnya adalah sifat lemah dan hina.'[2]
Tidak sepantasnya bersifat haya'` dalam menuntut hak, mengajar orang yang jahil, bertanya tentang sesuatu yang tidak kita ketahui..... Mujahid rahimahullah berkata: 'Tidak bisa menuntut ilmu orang yang pemalu dan yang sombong. Aisyah radhiyallahu 'anha berkata: 'Sebaik-baik wanita adalah wanita anshar, rasa malu tidak menghalangi mereka untuk bertanya tentang masalah agama.'[3] Ummu Sulaimradhiyallahu 'anha bertanya dalam masalah-masalah kecil dalam hukum yang berkaitan dengan wanita, dan ia membuka pertanyaan dengan ucapannya: 'Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah I tidak malu dari kebenaran.' Ibnu Hajar rahimahullah berkata: 'Maksudnya Dia I tidak menyuruh malu dalam kebenaran.'[4]
Dan siapa yang tidak diberikan sifat haya'` secara fitrah, ia dituntut untuk berusaha dan belajar dengannya. Terlebih lagi, sesungguhnya ia adalah akhlak utama bagi para pengikut agama ini. Sebagaimana disebutkan dalam hadits hasan:
إِنَّ لِكُلِّ دِيْنٍ خُلُقًا وَخُلُقُ اْلإِسْلاَمِ الحَيَاءُ
"Sesungguhnya bagi setiap agama ada akhlak dan akhlak Islam adalah sifat haya'`"[5]
Dan disebutkan bahwa haya'` termasuk sunnah para rasul dan ia termasuk bagian dari iman:
اَلْحَيَاءُ مِنَ اْلإِيْمَانِ وَاْلإِيْمَانُ فِى الْجَنَّةِ وَالْبَذَاءُ مِنَ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِى النَّارِ
"Haya'` termasuk bagian dari iman dan iman (balasannya) di surga. Dan ucapan cabul/jorok termasuk sifat tidak sopan dan tidak sopan itu di neraka."[6]
Dan kekasih dan panutan kita r (lebih pemalu dari pada gadis perawan dalam biliknya).[7] Setelah semua itu, apakah kita memilih sifat haya'` atau sifat jorok? Apakah kita berpakaian dengan iman atau tidak sopan? Dan apakah kita mengutamakan akhlak para penghuni surga atau akhlak para penghuni neraka?
Sungguh kaum jahiliyah –di atas kejahiliyahan mereka- merasa berat dari sebagian perbuatan jahat/buruk karena dorongan sifat haya'`. Di antaranya yang pernah terjadi bersama Abu Sufyah t di hadapan Heraqlius. Tatkala ia ditanya tentang Rasulullah r. Ia berkata: 'Demi Allah, jika bukan karena malu bahwa mereka menuduh aku berdusta niscaya aku berdusta tentang dia.'[8] Maka sifat haya'` menghalangi dia mengada-ada (berdusta) terhadap Rasulullah r agar dia tidak dikatakan pendusta. Di saat sekarang, kaum muslimin sangat membutuhkan akhlak ini dengan menjaga kata-kata dan menahan diri dari perbuatan keji dan syahwat dengan adanya rasa malu.
Engkau melihat laki-laki yang pemalu memerah mukanya apabila muncul darinya atau dari yang lain sesuatu yang berlawanan dari sifat haya'`: Rasulullah S.A.W. lebih pemalu dari pada gadis perawan dalam biliknya dan apabila beliau tidak menyukai sesuatu hal itu terlihat dari wajahnya.'[9]
Dan termasuk sifat haya'` adalah yang terjadi karena membesarkan dan menghormati orang-orang besar: tidak adalah Ibnu Umar t ketika Rasulullah r bertanya kepada para sahabat: 'Sesungguhnya di antara pohon ada satu pohon yang tidak jatuh daunnya, dan ia seperti seorang muslim. Ceritakanlah kepadaku, apakah dia?'[10] Ibnu Umar r.a. mengetahui bahwa ia adalah pohon kurma dan merasa malu untuk menjawab dan dia memberikan alasan rasa malunya –seperti dalam beberapa riwayat hadits- bahwa ia melihat dirinya adalah yang paling muda dan ia melihat ada Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. yang tidak berbicara, maka ia tidak senang berbicara.'[11] Alangkah lapangnya dada masyarakat tersebut yang merasa malu padanya yang muda dari yang tua, dan manusia berinteraksi dengan saling menghormati dan menghargai.
Sifat haya'` itu sendiri merupakan penjaga dari terjerumus dalam perbuatan maksiat. Diriwayatkan bahwa seorang sahabat mencela saudaranya karena sifat malunya. Seolah-olah ia berkata: Sifat haya'` telah merugikanmu. Maka Rasulullah S.A.W. bersabda:
دَعْهُ فَإِنَّ الْحَيَاءَ مِنَ اْلإِيْمَانِ
'Biarkanlah dia, sesungguhnya sifat haya' itu termasuk bagian dari iman.'[12]
Abu Ubaid al-Harawi berkata: maksudnya, sesungguhnya orang yang merasa malu terputus dengan sifat malunya dari perbuatan maksiat, maka jadilah ia seperti iman yang memutuskan di antaranya dan perbuatan maksiat.'[13] Karena itulah Rasulullah r menyebutkan secara umum dalam menjelaskan buah sifat haya'`, beliau bersabda:
اَلْحَيَاءُ لاَ يَأْتِي إِلاَّ بِخَيْرٍ
"Haya' (malu) tidak datang kecuali dengan kebaikan."
Dan beliau S.A.W. menggambarkan bahwa ia adalah perhiasan bagi perilaku, beliau S.A.W. bersabda:
مَاكَانَ الْفحْشُ فِى شَيْئٍ إِلاَّ شَانَهُ وَمَاكَانَ الْحَيَاءُ فِى شَيْئٍ إِلاَّ زَانَهُ
"Tidak adalah yang keji pada sesuatu kecuali ia mengotorinya dan tidak ada sifat sifat haya' pada sesuatu kecuali menghiasinya."[14] Dan fenomena sifat malu dalam masyarakat yang terkadang menyeret kepada kejahatan tidak bisa dikategorikan sifat haya'` yang terpuji, karena sifat haya'` itu tidak datang kecuali dengan kebaikan. Dan sifat mudarah (menjilat, mencari muka) terhadap sebagian tradisi masyarakat yang menyimpang tidak bisa dianggap sifat haya'`, karena sifat haya' adalah hiasan bukan pengotor, sedangkan penyimpangan adalah inti perbuatan buruk dan kotor.
Sebagaimana sifat haya'` merupakan tatakrama bersama makhluk, maka ia merupakan adab (tatakrama) tertinggi bersama al-Khaliq (Allah I Yang Maha Pencipta). Disebutkan bahwa beberapa nabi seperti Adam a.s., Nuh a.s., dan Musa a.s. diminta untuk memberi syafaat di hari kiamat dan umat manusia berkata kepada setiap orang dari mereka: 'Berikanlah syafaat kepada kami di sisi Rabb-mu sehingga Dia melapangkan kami dari tempat kami ini. Ia (Adam a.s.) berkata: 'Aku tidak pantas –dan ia menyebutkan dosanya lalu merasa malu…Aku tidak pantas - dan ia (Nuh a.s.) menyebutkan permintaannya kepada Rabb-nya yang tidak pantas lalu merasa malu…..Aku tidak pantas – dan ia (Musa a.s.) menyebutkan pernah membunuh jiwa yang tidak berdosa lalu ia merasa malu kepada Rabb-nya…[15] Semuanya merasa berat dan dihalangi oleh rasa malu untuk berani meminta syafaat.
Dan karena perasaan seorang mukmin bahwa Allah S.W.T. selalu melihatnya di atas semua kondisinya, maka sesungguhnya ia merasa malu dari Rabb. Karena itulah disebutkan dalam anjuran menutup aurat saat mandi di dalam kesendirian, sabda Nabi S.A.W.: 'Allah S.W.T. lebih pantas dirasakan malu dari-Nya dari pada manusia."[16] Orang yang merasa malu dari Rabb-nya bahwa auratnya terbuka dalam kesendiriannya sudah pasti sifat haya' (malu) menghalanginya dari perbuatan maksiat. Dan cukuplah dalam keutamaan sifat haya' bahwa para nabi terdahulu memperingatkan hilangnya sifat haya', agar seseorang tidak terjerumus dalam segala keburukan –dan tidak ada lagi penghalang baginya- seperti dalam hadits:
إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلاَمِ النُّبُوَّةِ اْلأُوْلَى: إِذَا لَمْ تَسْتَحِ فَاصْنَعْ مَا شِئْتَ
"Sesungguhnya sebagian dari yang ditemukan manusia dari ucapan para nabi terdahulu: 'Apabila engkau tidak merasa malu maka lakukanlah apa yang engkau kehendaki."[17]
Dan di antara beberapa hal yang dipahami dari hadits ini:
- Di mana engkau merasa berat dan takut mendapat dosa maka berhentilah, dan di mana hati merasa tenang dan engkau tidak merasa berat maka lakukanlah apa yang engkau kehendaki.
- Orang yang sudah kehilangan sifat haya' maka ia melakukan apa yang dia kehendaki, dan hendaklah ia memperhatikan setelah itu apa yang dilakukan Allah S.W.T. dengannya.
- Tidak aneh apa yang kita lihat dari kemungkaran akhlak apabila kita sudah mengetahui bahwa pendorong sifat haya' telah mati. Maka yang tidak bersifat malu –biasanya- melakukan apa yang dikehendakinya tanpa merasa malu kepada siapapun.
Kesimpulan:
- Sifat haya'` adalah perilaku yang muncul di atas meninggal yang buruk.
- Tidak menuntut ilmu atau menuntut hak bukan termasuk malu.
- Sesungguhnya bagi setiap agama ada akhlak dan akhlak islam adalah haya'.
- Umat jahiliyah mempunyai sifat haya' yang menghalangi mereka dari sebagian perbuatan buruk.
- Termasuk sifat haya' adalah menghormati yang lebih tua.
- Sifat haya' menjaga dari terjerumus dalam perbuatan maksiat.
- Di antara sifat haya' yang tertinggi adalah beradab bersama Allah S.W.T. Yang Maha Pencipta. AlHaya' adalah pesan para nabi terdahulu.
Mahmud Muhammad al-Khazandar
[1] Fathul Bari 1/522 saat mensyarahkan bab haya` dari kitab adab, hadits no. 6118
[2] Fathul Bari 1/229 saar mensyarahkan bab haya` dalam ilmu dari kitab iman.
[3] Shahih al-Bukhari, kitab ilmu, dari tarjamah bab 50 (Fath 1/228)
[4] Referensi yang sama, saat Ibnu Hajar menjelaskan potongan hadits 130 dari Shahih al-Bukhari.
[5] Shahih Sunan Ibnu Majah 2/406, hadits no. 3370/4181 (Hasan).
[6] Shahih Sunan Ibnu Majah 2/406, hadits no. 3373/4184 (Shahih).
[7] Shahih al-Bukhari, kitab adab, bab ke 77, hadits no. 6119 (Fath 10/521).
[8] Shahih al-Bukhari, kitab permulaan wahyu, bab ke 6, hadits no. 7 (Fath 1/31).
[9] Shahih Sunan Ibnu Majah 2/406, hadits no. 3369 (Shahih)
[10] Shahih al-Bukhari, kitab ilmu, bab ke 4, hadits no. 61.
[11] Fathul Bari 1/146
[12] Shahih al-Bukhari, kitab adab, bab ke 77, hadits no. 6118 (Fath 10/521).
[13] Dari Fathul Bari 10/522 saat menerangkan hadits 6118
[14] Shahih Sunan Ibnu Majah 2/3374 (Shahih).
[15] Shahih al-Bukhari, kitab tafsir, surah ke dua bab 1, hadits no. 4476 (Fath 8/160).
[16] Dari Mu'allaqat al-Bukhari dalam kitab mandi, bab ke 20, Ibnu Hajar berkata dalam Fath 1/386: (Dihasankan oleh at-Tirmidzi dan dishahihkan oleh al-Hakim)
[17] Shahih al-Bukhari, kitab adab, bab ke 78, hadits no.6120 (Fath 10/523).
Labels:
ulasan
Sunday, 17 April 2011
Institusi Keluarga Tonggak Pembinaan Ummah
Institusi keluarga adalah tonggak kepada pembinaan sebuah komuniti, kampung, daerah atau wilayah, negeri sehinggalah kepadapembentukan negara yang harmonis. Kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada kejayaan kelompok mikro, iaitu komuniti kampung dan keluarga.
Sekiranya ibubapa berjaya memimpin ahli keluarga, ketua kampung atau penghulu boleh dikira telah berjaya sebahagian besarnya.
Kampung cemerlang, kepimpinan negeri akan lebih banyak mempunyai ruang untuk memajukan negeri tanpa banyak kerenah dan masalah dalaman, yang mana hari ini menjadi isu yang mengganggu seperti keruntuhan sosial, keretakan rumahtangga, pergaduhan, pembunuhan, jenayah dan sebagainya.
Lantaran itu, untuk langkah pengukuhan menjadikan profesion kepemimpinan dipandang tinggi, ia mesti bermula dengan dengan memartabatkan profesion ibubapa untuk dihayati oleh semua.
Hari ini, profesion kepemimpinan dalam jabatan, syarikat mahupun politik menjadi rebutan ramai orang. Menjadi seorang YB adalah satu kemegahan, meskipun berdepan dengan pelbagai reaksi dan kadangkala tentangan daripada rakyat setempat.
Ironisnya, menjadi pemimpin dalam keluarga banyak tidak diendahkan malahan ramai yang tidak jelas tentang bidang tugas serta mengabaikannya. Barangkali kerana tidak ada pilihanraya di kalangan ahli keluarga sama ada boleh melantik semula atau menggugurkan ibubapa daripada jawatan tersebut.
Idea mewujudkan piawaian keluarga cemerlang adalah sesuatu yang perlu dipertimbangkan, agar profesion ibubapa dipandang tinggi dengan adanya tahap penilaian seperti ini. Ia juga membolehkan untuk diberi pengiktirafan kualiti perkhidmatan ibubapa kepada anak-anak, kualiti hubungan anak-anak dalam keluarga serta beberapa aspek lain yang berkaitan, sepertimana pengiktirafan anugerah kualiti di peringkat jabatan, negeri dan nasional.
Usaha sebegini adalah perlu dijayakan dengan sokongan semua pihak. Penubuhan Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) adalah sesuatu yang tepat untuk menerajui masyarakat ke arah memikirkan cabaran, solusi, masa depan ibubapa menghadapi peredaran zaman.
Dahulu, isu sebegini tidak difikirkan secara serius memandangkan kebanyakan ibubapa melaksanakan duti mereka secara sepenuh masa, di samping menjalankan kerja-kerja mencari rezeki. Hari ini, baik ibu mahupun bapa, kebanyakannya secara sepenuh masa terlibat dengan urusan kerja di luar rumah, meninggalkan anak-anak dan keluarga di bawah pengawasan pembantu rumah.
Tidak hairanlah, akhir-akhir ini timbul isu peristilahan 'pengurus rumahtangga' untuk menggantikan imej pembantu rumah pada masa depan. Persoalannya, apakah bidang tugas ibubapa semakin mencabar atau dilihat semakin profesional yang menyebabkan perlu kepada seorang pengurus tambahan.
MAPIM dilihat mampu memainkan fungsi sebagai dewan perwakilan untuk ibubapa bersidang dan bermuafakat mencari penyelesaian isu-isu semasa, menambahbaik perkhidmatan sebagai ibubapa dan merencanakan masa depan bersama rakan sejawatan.
Begitu juga dari sudut perspektif yang lain, profesion ibubapa adalah satu jawatan yang mempunyai pengaruh dan bidang kuasa yang komprehensif. Di samping elemen kepemimpinan yang seringkali menjadi rebutan orang ramai pada hari ini, ibubapa juga adalah guru, kaunselor dan rakan karib.
Secara mudah, persoalan seperti, berapa banyak masa kita peruntukkan setiap hari untuk melaksanakan tugas pengajaran kepada anak-anak.
Ataupun anak-anak kita hanya hadir kuliah sekali seminggu atau sebulan? Jika keberadaan guru atau pensyarah dalam kelas diambilkira sebagai sesuatu yang serius, kenapa tidak ibubapa?
Barangkali ramai ibubapa berpendapat, bidang tugas mereka hanya menjaga anak-anak semasa bayi? Malah hari ini, mulai ramai anak-anak yang dibesarkan oleh pembantu rumah dan pusat-pusat jagaan sejak dari bayi?
Ibu dan bapa adalah guru wanita dan lelaki, saling melengkapi tugas masing-masing. Guru wanita lebih sesuai sebagai guru kaunselor dan guru lelaki pula amat sesuai sebagai guru disiplin.
Begitu indah jika tugas hakiki ibubapa sebegini berlangsung dalam bentuk sinergi yang melengkapkan tugas pengajaran anak-anak seperti sebuah sekolah.
Tidak bermakna, tidak ada peranan guru di sekolah, tetapi ibubapa adalah guru sebenarmanakala guru-guru di sekolah adalah pembantu menjayakannya.
Begitu juga, ibubapa adalah pengasuh sebenar manakala pembantu rumah atau pusat jagaan adalah pembantu. Kedua-duanya perlu dinilai prestasi mereka dari masa ke semasa. Sebagai ibubapa, apakah kita telah melaksanakan tugas kita sebagai guru yang berjaya, kaunselor yang dipercayai, guru disiplin yang menyelesaikan kebanyakan masalah disiplin, ataupun rakan karib yang menjadi tempat anak-anak berkongsi kehidupan? Ataupun ada guru lain yang lebih disanjungi selain kita? Kaunselor lain yang lebih dipercayai? Guru disiplin lain yang lebih dihormati? Atau rakan karib lain yang sering mereka berkongsi segala-galanya?
Hasilnya, ramai di kalangan ibubapa yang menjawat jawatan-jawatan di atas tetapi tidak ada kuasa melaksanakannya, hilang kepercayaan, tidak dihormati malah ditentang terang-terangan oleh anak-anak, yang sudah tentu ada guru, kaunselor dan rakan karib lain yang mempengaruhi hidup mereka.
Saya tertarik dengan ucapan Menteri Di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Nasir Tun Sakaran pada Konvensyen Keibubapaan Peringkat Negeri Sabah di Semporna, tahun lalu di mana beliau menekankan soal pentingnya ibubapa memahami bahawa profesion ibubapa itu adalah sesuatu yang sangat signifikan, malah penentu sama ada memandu keluarga ke syurga atau sebaliknya. Dalam Islam, ibubapa adalah dipertanggungjawab mencorakkan seluruh kehidupan anak-anak sama ada menjadikannya baik atau jahat.
Seharusnya sebagai ibubapa yang profesional, kita mesti jelas dengan bidang tugas hakiki yang sepatutnya menjadi indikator pencapaian prestasi (KPI) yang diaudit untuk penilaian setiap masa. Dalam konteks ini, saya percaya konsep audit dalam secara berintegriti adalah paling sesuai. Ini kerana penilaian kualiti keibubapaan adalah bersifat formatif dan bertujuan untuk penambahbaikan berterusan. Sesuatu yang sangat tepat ditentukan dalam Islam, apabila perkahwinan antara dua insan berbeza jantina dilihat amat ampuh sebagai audit dalam yang efektif.
Ibu menilai pencapaian KPI bapa manakala bapa menilai pencapaian KPI ibu. Dalam hal penilaian prestasi keibubapaan, saya berpegang kepada konsep tradisi ulama Islam bahawa anak-anak tidak seharusnya menilai prestasi ibubapa, tetapi sebagai ibubapa yang professional dan mengamalkan prinsip kualiti yang berintegriti dan transparen, anak-anak perlulah dijadikan responden atau sumber penilaian dengan andaian mereka adalah pelanggan perkhidmatan kita.
Barangkali perlu ada istilah 'letak jawatan' untuk ibubapa yang gagal menepati sasaran prestasi minimum. Atau juga mungkin perlu diwujudkan dalam keluarga kita bentuk tindakan pembetulan segera sekiranya gagal melepasi audit, secara berhikmah.
Ini adalah sebahagian tugas hakiki ibubapa. Sebagai satu profesion, ibubapa mestilah merangka skop tugasan, sasaran pencapaian dan penilaian prestasi mereka.
Organisasi seperti MAPIM, PIBG, LPPKN, JAKIM dan jabatan-jabatan agama adalah antara yang perlu segera berkolaborasi untuk menyediakan skop tugas ibubapa sebagai profesion yang praktikal, professional dan berkualiti. Mungkin skop tugas ibubapa baru berbeza dengan ibubapa senior dalam beberapa keadaan berdasarkan pemberat sesetengah aspek.
Terdapat idea ke arah mewujudkan Standard Keluarga Cemerlang yang saya kira amat wajar dipertimbangkan, di mana ia perlu diselarikan dengan skop tugas keibubapaan yang perlu dirangka lebih dahulu.
Tidak perlulah ditimbulkan isu profesion berbayar ataupun tidak, tetapi lebih penting bidang tugas jawatan yang kita sandang itu terlaksana ataupun tidak?
Ibubapa perlu merasakan tugas keibubapaan tersebut sebagai amanah kepemimpinan di mana rakyatnya adalah ahli keluarga ; megah dengan profesion tersebut, berkongsi pandangan dan pengalaman dengan rakan sejawat lain bagi penambahbaikan perkhidmatan keibubapaan dari masa ke semasa.
Dalam perspektif Islam, perbincangan ini bukanlah asing kerana ia berkait rapat dengan amanah sebagai ibubapa, adab dalam keluarga dan ibadah mendidik serta membesarkan anak-anak. Namun dalam perbincangan konteks semasa, perspektif profesion dan kualiti yang mudah difahami oleh masyarakat hari ini diambilkira sebagai wasilah untuk lebih mudah difahami dan dihayati.
Wadah perbincangan sebegini perlu diteruskan dengan perbincangan lebih terperinci tentang pendrafan skop tugas hakiki ibubapa, audit berdasarkan piawaian keluarga cemerlang, cabaran profesion keibubapaan dan solusi-solusi praktikal sama ada berbentuk falsafah, inovasi mahupun produk teknologi yang boleh meningkatkan lagi perkhidmatan keibubapaan dalam era yang semakin berubah.
Labels:
ulasan