Kemajuan pesat negara menjadikan institusi keluarga mengalami transisi perubahan. Cabaran dan hambatan baru dalam dunia globalisasi dewasa ini ternyata memberi impak yang bukan sedikit ke atas institusi kekeluargaan sesuai dengan kedudukan rumahtangga sebagai institusi pendidikan pertama, ibu bapa merupakan individu yang berperanan penting dalam pembentukan peribadi anak-anak. Hubungan mesra yang ditunjukkan oleh suami isteri juga sebenarnya turut mempengaruhi kesempurnaan pembesaran anak-anak. Kemajuan negara menyebabkan berlaku perubahan dari segi struktur, nilai dan cara hidup berkeluarga yang mana ia mengakibatkan anak-anak menjadi beban dan ibu bapa tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama anak-anak kerana terlalu sibuk. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa peningkatan jenayah dalam kalangan remaja mahupun belia terutama penyalahgunaan dadah hari ini juga turut berpunca daripada kelemahan institusi keluarga dan nilai-nilai kekeluargaan.
Sehubungan dengan itu, Institusi Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) bersama Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Melaka, MAPIM Daerah Jasin, Jabatan Pelajaran dan agensi kerajaan mengambil inisiatif untuk menganjurkan seminar khusus membicarakan mengenai topik kecemerlangan Insitusi Keluarga : Peranan dan Cabarannya.
0 comments:
Post a Comment