Subscribe:

Monday 28 March 2011

Seminar Kekeluargaan MAPIM Perak

















Mapim Perak dan Hilir Perak anjur Seminar Keibubapaan Bersama PPD Hilir Perak
Seramai 400 ibu bapa sekitar Perak menghadiri Seminar Pendidikan Keibubapaan dan Kekeluargaan di Wisma Caelygirl, Teluk Intan pada 11 April 2009, anjuran Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Perak dan Hilir Perak dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Hilir Perak yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia dan Sukan Perak, YB En. Zainol Padzi bin Paharuddin, ADUN Sungai Manik.
YB. Zainol Padzi berkata, setiap ibu bapa perlu mempunyai pelan jangka panjang untuk keluarga terutama mengenai pendidikan anak-anak."Usaha untuk membina masyarakat yang mempunyai sahsiah tinggi bermula di rumah. Ibu bapa harus merancang hala tuju anak-anak mereka sejak lahir lagi."Seminar Keibubapaan seperti ini boleh dijadikan panduan," katanya.
Menurutnya, ”ibubapa sepatutnya tidak melepaskan semua tanggungjawab mendidik anak-anak di bahu guru dan PIBG kerana anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah. Kebanyakan ibubapa mahu melihat anak mereka berjaya tetapi mereka tidak menyumbang apa-apa kepada pihak sekolah mahupun PIBG”
Hadir sama pada majlis itu Pengarah Pembangunan Persekutuan Negeri Perak, Datuk Zainal Abidin Omar yang membentang kertas kerja dalam Ucaptama, ahli-ahli panel forum, Presiden PIBGN Prof. Madya Dr. Mohamad Ali Hassan, PPD Hilir Perak En.Zulkurnaini Hussin dan Pengarah LPPKN Negeri Perak Tn. Haji Mohd Soib bin Hasnan, turut hadir YDP Majlis Perbandaran Teluk Intan En Ibrahim bin Ahmad, Wakil Balai Polis Daerah dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat daerah.

0 comments:

Post a Comment